Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Enam beradik yatim piatu selepas ibu bapa mereka maut dalam kemalangan

Oct 08, 2019 | 08:28 AM



ENAM beradik yatim piatu sekelip mata selepas ibu bapa mereka maut dalam kemalangan di Jalan Felda Kerteh 2/3, Dungun, Dalam kejadian jam 11.15 pagi pada 4 Oktober, Kamal Hisham Mustaffa, 35, dan isterinya, Norhapisah Idris, 35, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Difahamkan pasangan itu mempunyai enam anak dan seorang anak angkat, menurut laporan Berita Harian Malaysia. Dua mangsa yang parah di kepala ialah anak pasangan itu, Muhammad Danish Irfan Kamal Hisham, 11, dan anak angkat, Muhammad Danial Abdullah, 12. Kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Wira Aeroback dipandu Kamal Hisham dari arah Ketengah Jaya ke Felda Kerteh 2, dikatakan memotong sebuah kereta. Kereta mangsa bagaimana gagal memasuki semula laluan kiri sebelum bertembung dengan Perodua Alza dari arah bertentangan. Pemandu Alza, Mohd Zulkifli Ab Aziz, 39, guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Cheneh, Kemaman dan rakannya, Mohd Suhaimi Mat Hassan, 22, yang bertugas sebagai juru tol patah kaki. Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku sewaktu pasangan suami isteri terbabit yang tinggal di Kampung Sura Hujung dalam perjalanan mengambil dua anak mereka yang tinggal di asrama Sekolah Rendah Kebangsaan Pasir Raja. “Kemalangan menyebabkan pemandu serta penumpang kedua-dua kenderaan itu tersepit. “Sepasukan enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Paka dikerahkan ke lokasi kejadian bagi mengeluarkan semua mangsa,” katanya. Baharudin berkata, mayat mangsa dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat. “Mangsa yang parah dibawa dengan ambulans dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut. “Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >