Subuh
5:29
Syuruk
6:51
Zuhur
12:54
Asar
4:17
Maghrib
6:55
Isyak
8:08
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Dunia0

Enam senator M’sia angkat sumpah untuk sertai kabinet Muhyiddin

Mar 10, 2020 | 03:04 PM

PETALING JAYA: Enam senator baru telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara Malaysia pada Selasa (10 Mac), sekali gus membolehkan mereka menyertai kabinet Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Senator baru itu termasuk bekas ketua pegawai eksekutif CIMB Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang merupakan Menteri Kewangan baru, dan Mufti Wilayah Persekutuan Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Empat individu lain telah dilantik sebagai timbalan menteri dalam pelbagai kementerian.

Ini bukan kali pertama kerajaan Malaysia melantik seorang tokoh bukan politik untuk menjadi senator sebelum melantiknya sebagai menteri kabinet. Antara contoh sebelum ini ialah mantan Menteri Kewangan Kedua Nor Mohamed bin Yakcop. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian