Subuh
5:32
Syuruk
6:55
Zuhur
12:58
Asar
4:21
Maghrib
6:58
Isyak
8:12
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Eng Hen: Krisis Ukraine manifestasi saingan geopolitik

Feb 21, 2022 | 05:30 AM



KRISIS berhubung Ukraine adalah satu manifestasi persaingan geopolitik yang lebih luas, kata Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen.



Beliau menyifatkan keadaan tidak menentu itu sebagai satu krisis keselamatan yang terbesar di Eropah sejak Perang Dingin.



"Insiden di Ukraine ini menekankan lagi satu pepatah lama Afrika iaitu 'Apabila gajah berlawan, rumput yang merana," ujar Dr Ng dalam ucapannya semasa Meja Bundar Pemimpin Muda yang ke-13 Munich mengenai Merancang Masa Depan Pascapandemik yang lebih saksama, di Munich, kelmarin.



Dr Ng berada di Jerman untuk menghadiri Sidang Keselamatan Munich selama tiga hari yang berakhir semalam.



Kebimbangan mengenai penjajahan Russia ke atas Ukraine telah memuncak selepas berbulan lamanya Moscow bertikam lidah dengan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) dan Amerika Syarikat.



Sekitar 150,000 askar Russia telah dipindahkan ke berdekatan dengan sempadan Ukraine.



Dalam ucapannya itu, Dr Ng turut menyentuh tentang kuasa geografik lain sebagai "gajah", yang dikatanya merujuk kepada kumpulan dan bukan isu.



Kata beliau:



"Kumpulan yang berbeza boleh berlainan pihak walaupun mereka tertumpu pada isu yang sama. Siapakah mereka? Kita mempunyai akitvis budaya yang menyingkir pihak lain, kumpulan hijau dan aktivis perubahan iklim, masyarakat dan pejuang LGBTQ+, pihak konservatif keagamaan, nasionalis tegas dan kumpulan antifederalis.



"Mereka sebenarnya entiti bukan negara tetapi mereka menyatukan kuasa. Dan kumpulan ini mempunyai pandangan sangat berbeza mengenai aturan serantau dan antarabangsa dan bagaimana untuk mencapai matlamat mereka."



Beliau perhatikan yang mekanisme pasca Perang Dunia Kedua yang kekal hari ini, seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Dagangan Sedunia (WTO) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjadi sasaran.



"Apa yang berlaku selepas Perang Dunia Kedua sekarang, 70 tahun hingga 80 tahun sekarang, kita melihat institusi baru yang didorong oleh pihak utama berbeza untuk membawa tindakan yang selaras di mana rangka kerja institusi lama, pada pandangan mereka, tidak boleh huraikan, tidak boleh mendapat mencapai kesepakatan agar mereka dapat menangani isu-isu geografik ini," ujar Dr Ng.



Antara institusi baru itu adalah Kumpul 20 (G20), Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec), Perjanjian Komprehensif dan Progresif Kerjasama Rentas Pasifik (CPTPP), tambah Dr Ng lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >