Korea Utara dan Korea Selatan secara teknikal masih berperang kerana walaupun Perang Korea (1950-1953) telah berakhir, dua negara itu belum memeterai perjanjian damai. Mereka terus dipisahkan oleh Zon Bebas Tentera (DMZ) selebar empat kilometer dan sepanjang 248 kilometer. Akhirnya keadaan kelihatan akan berubah hasil Sidang Puncak Kim-Moon.
SEOUL: Sejarah dan suasana Semenanjung Korea kelihatan akan dibentuk semula - daripada suasana tegang kepada keamanan - hasil pertemuan bersejarah pemimpin Utara dan Selatan Korea pada 27 April.