Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Erdogan tidak akan benarkan Amerika Syarikat halang perjanjian Syria

Aug 29, 2019 | 04:06 PM



ISTANBUL - Presiden Tayyip Erdogan berkata perjanjian Turki dengan Amerika Syarikat untuk menubuhkan "zon selamat" di timur laut Syria adalah langkah yang terbaik dan Ankara tidak akan membiarkan Washington menunda rancangan itu,kata CNN Turk pada hari Khamis (29 Ogos).



Menurut Reuters, Ankara mendedahkan maklumat minggu lalu bahawa pusat operasi bersama untuk mencadangkan zon selamat di sepanjang sempadan timur laut Syria kini beroperasi dengan sepenuhnya.



Washington dan Ankara tidak sepakat mengenai terhadap rancangan itu di rantau itu kerana pasukan militan Kurdish, YPG merupakan golongan terbesar dalam pasukan gabungan yang disokong oleh AS untuk mengawal ISIS. 



Tetapi, Turki menganggap YPG sebagai kumpulan pengganas.



"Persetujuan yang telah kami capai dengan Amerika Syarikat adalah langkah yang terbaik untuk mewujudkan zon selamat dan untuk melupuskan pasukan YPG dari kawasan timur sungai Euphrates," kata Erdogan kepada wartawan dalam perjalanan pulang dari pertemuan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin di Moscow.



Erdogan berkata, Turki tidak akan menerima sebarang penangguhan dalam rancangan itu, sambil membandingkannya dengan perjanjian Turki dengan Washington untuk menghapuskan pejuang YPG dari bandar utara Manbij di Syria, yang dituduh oleh Ankara atas sebab penangguhan oleh Washington.



"Semua pasukan tentera dan kereta perisai, semuanya berada di sempadan. Ini bermakna kita berada dalam kedudukan untuk melakukan segala-galanya pada bila-bila masa," kata Erdogan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >