ISTANBUL: Presiden Turkey, Encik Tayyip Erdogan, memaklumkan pada Ahad bahawa pasukan perisikan negaranya telah membunuh pemimpin pengganas kumpulan ISIS, Abu Hussein al-Qurashi, di Syria.
“Individu ini dineutralkan sebagai sebahagian operasi oleh pertubuhan perisikan kebangsaan Turkey di Syria),” katanya menerusi wawancara dengan stesen penyiaran, TRT Turk.
Katanya, agensi perisikan itu telah memburu pemimpin itu sejak sekian lama.
Sementara itu, sumber tempatan dan keselamatan Syria berkata serbuan itu berlaku di bandar Jandaris di utara Syria, yang dikawal kumpulan pemberontak yang disokong Turkey dan kawasan itu antara paling teruk terjejas dalam gempa bumi 6 Februari lalu yang melanda kedua-dua Turkey dan Syria.
Namun sehingga kini, tentera Syria dan pihak pemberontak di kawasan itu masih tidak memberi sebarang komen berkaitan pembunuhan pemimpin ISIS itu.
Seorang penduduk berkata pertempuran bermula di pinggir Jandaris sejak semalaman dari Sabtu hingga Ahad, berlarutan kira-kira sejam sebelum penduduk mendengar letupan kuat.
Kawasan itu kemudiannya dikepung pasukan keselamatan bagi menghalang mana-mana individu daripada menghampiri kawasan itu.
Kumpulan ISIS memilih al-Qurashi sebagai ketuanya pada November 2022 selepas pemimpin sebelumnya terbunuh, dalam operasi di selatan Syria.
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
1/3
Tutup Kuiz
28
0
Ergodan umum Turkey bunuh pemimpin pengganas ISIS
May 01, 2023 | 03:03 PM