Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS, Eropah anggap penjelasan Arab Saudi tak lengkap

Oct 21, 2018 | 02:24 PM





ELKO: Amerika Syarikat (AS) dan negara Eropah mendesak Arab Saudi memberi penerangan lebih menyeluruh mengenai Jamal Khashoggi selepas Riyadh mengubah cerita dan mengakui wartawan itu mati dua minggu lalu selepas memasuki konsulatnya di Istanbul.



Arab Saudi membuat kenyataan awal semalam bahawa Khashoggi yang turut mengkritik pemerintah negaranya, Putera Mahkota Mohammed bin Salman, mati selepas pergaduhan meletus di konsulat itu.



Jerman menyifatkan penjelasan itu ‘tidak lengkap’ dan menyoal sama ada mana-mana negara wajar menjual senjata kepada Arab Saudi.



Perancis dan Kesatuan Eropah (EU) pula menggesa siasatan lebih mendalam dilakukan bagi mencari punca sebenar yang berlaku ke atas penulis Washington Post itu selepas masuk ke konsulat berkenaan pada 2 Oktober lalu untuk mendapatkan dokumen mengenai perkahwinannya.



Pegawai Turki mengesyaki bahawa Khashoggi yang memegang kewarganegaraan AS dan Arab Saudi, dibunuh dalam konsulat itu oleh sepasukan ejen Riyadh sebelum mayatnya dikerat.



Kes Khashoggi mencetuskan kemarahan antarabangsa dan mengeruhkan hubungan politik serta perniagaan di antara negara Barat dan Arab Saudi, pengeskport minyak nombor satu dunia.



Ditanya ketika melawat Nevada sama ada beliau puas hati dengan langkah Arab Saudi memecat pegawainya atas kematian wartawan itu, Presiden Donald Trump berkata:



“Tidak, saya tidak puas hati sehingga kita dapat jawapannya. Tetapi, ia langkah pertama yang penting. Cuma, saya masih mahukan jawapan sebenar.”



Menteri Luar Perancis, Jean-Yves Le Drian menggesa siasatan penuh dilakukan manakala Canselor Jerman, Angela Merkel, dalam kenyataan bersama dengan Menteri Luarnya, berkata penjelasan Arab Saudi tidak mencukupi.



“Kami menjangka Arab Saudi telus mengenai faktor kematiannya. Maklumat yang diketahui mengenai kejadian dalam konsulat Istanbul adalah tidak mencukupi,” kata mereka.



Trump berkata, ada kemungkinan Putera Mohammed tidak sedar mengenai faktor yang membawa kematian Khashoggi, 59, dan mahu berbincang dengannya.



Mayat Khashoggi mungkin telah dibuang ke dalam hutan Belgrad tidak jauh dari Istanbul dan sebuah lokasi dekat bandar Yalova, 90 kilometer ke selatan Istanbul. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >