ALOR SETAR: Lebih 3,000 orang etnik Benggali Muslim dari Bangladesh 'menyamar' menjadi pelarian Rohingya bagi mendapatkan kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) sejak 10 tahun lalu.
Menurut Pengerusi Rohingya Society in Malaysia (RSM) Kedah, Encik Mohd Noor Abu Bakar, etnik berkenaan yang tinggal di wilayah kejiranan Chittagong, di Bangladesh, yang bersempadankan Myanmar, menggunakan paras rupa, warna kulit dan bahasa yang hampir sama dengan etnik Rohingya bagi mendapatkan kad UNCHR.