EU bakal lucut hak akses pasaran bagi 5 negeri, termasuk S'pura
Jul 30, 2019 | 05:30 AM
NEW YORK: Suruhanjaya Eropah (EC) akan menganggap Canada, Brazil, Singapura, Argentina dan Australia tidak mengawal selia agensi penarafan kredit sekukuh Kesatuan Eropah (EU), lapor akhbar Financial Times kelmarin, memetik sebuah dokumen.
Keputusan EC itu akan menyebabkan beberapa hak akses pasaran bagi negara-negara tersebut ditarik balik, sekali gus melenyapkan status yang membolehkan bank Eropah bergantung pada penarafan tersebut.