BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) menegaskan tidak akan ada perubahan pada pendiriannya berhubung Baitulmakdis, walaupun Amerika Syarikat sekarang mengiktiraf bandar itu sebagai ibu kota Israel.
Ini ditekankan ketua dasar luar blok 28 negara itu, Cik Federica Mogherini, setelah pertemuan sarapan para menteri luar EU bersama Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, di Brussels semalam.