ISU BREXIT

EU-Britain sepakat tunda tarikh keluar

Pemimpin 27 negara Kesatuan Eropah dan Theresa May sepakat 31 Oktober sebagai hari pengunduran

BRUSSELS: Pemimpin 27 negara Kesatuan Eropah (EU) dan Perdana Menteri Britain, Cik Theresa May, telah mencapai persetujuan menunda tarikh bagi Britain keluar daripada blok itu ke 31 Oktober, kata ketua sidang puncak EU melalui Twitter semalam.

Ia empat bulan lebih lama dari tempoh yang diminta Cik May, dalam satu langkah yang menurut Presiden Majlis Eropah, Encik Donald Tusk, akan membolehkan Britain menyelesaikan kebuntuan domestiknya mengenai isu yang digelar Brexit itu.