SELAYANG: Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman denda RM3,500 ($1,320) terhadap bekas vokalis kumpulan Exist, Ezad Lazim, atas kesalahan memiliki dan menggunakan dadah jenis syabu pada November tahun lalu.
Majistret Nurul Izzah Hasan Basri memutuskan demikian terhadap Ezad, atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohamad Lazim, 36 tahun, selepas penyanyi itu mengaku salah atas tuduhan tersebut, lapor Berita Harian Online semalam.