Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Facebook bakal utamakan berita yang ‘boleh dipercayai’ berdasarkan tinjauan

Dunia
28
0

Facebook bakal utamakan berita yang ‘boleh dipercayai’ berdasarkan tinjauan

Jan 20, 2018 | 03:03 PM

SAN FRANCISCO: Facebook Inc akan mengutamakan berita yang ‘boleh dipercayai’ di lamannya atau ‘feed’ yang dipenuhi pos media sosial, menggunakan tinjauan pengguna untuk mengenal pasti sumber bermutu tinggi dan membasmi penyebaran maklumat salah, menurut Ketua Eksekutif Mark Zuckerberg semalam. 

Syarikat itu, yang mempunyai lebih daripada 2 bilion pengguna sebulan, berkata bahawa anggotanya, bukan pakar atau eksekutif Facebook, akan menentukan kedudukan sumber berita berdasarkan kepercayaan. 

Ia juga berkata bahawa ia akan memberikan penekanan kepada sumber berita tempatan. 

Langkah itu mungkin akan mengejutkan landskap media hampir di setiap negara, memandangkan ia merupakan rangkaian sosial terbesar dunia dan peranan pentingnya di beberapa negara dalam pengedaran berita. 

Zuckerberg berkata bahawa beliau menjangkakan perubahan yang baru diumumkan itu untuk mengurangkan jumlah berita di Facebook sebanyak 20 peratus, kepada sekitar 4 peratus daripada kandungan keseluruhan berbanding 5 peratus buat masa kini. 

Ketua eksekutif Facebook itu membentangkan perkara tersebut dalam satu pos di Facebook, dan menyatakan bahawa mulai minggu depan, News Feed, produk utama syarikat itu, akan mengutamakan “berita bermutu tinggi” dibandingkan dengan sumber lain yang tidak begitu dipercayai.- Reuters 
 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3