Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Facebook beli Whatsapp

Feb 20, 2014 | 10:17 AM



NEW YORK: Facebook akan membeli khidmat pesanan ringkas popular, WhatsApp, dengan pembelian bernilai AS$16 bilion (S$23.9 bilion) - pemerolehan terbesar dalam sektor teknologi sejauh ini.


Pemerolehan ini sekali gus meluaskan pengaruh Facebook sebagai gergasi dalam rangkaian sosial sedunia.


Menerusi pemerolehan yang bakal dibuat secara tunai dan pegangan saham ini bermakna, wujudnya satu rangkaian sosial terbesar di dunia memandangkan Facebook kini mempunyai lebih 1.2 bilion ahli manakala WhatsApp pula dengan 450 juta ahli.


WhatsApp merupakan khidmat pesanan ringkas paling lazim digunakan di Singapura.


Sebagai sebahagian daripada perjanjian, pengasas bersama WhatsApp merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Jan Koum, akan menyertai lembaga pengarah Facebook, dan rangkaian sosial itu akan menawarkan unit saham terbatas bernilai AS$3 bilion kepada pengasas WhatsApp, termasuk Koum.


Facebook dalam kenyataannya semalam berkata, ia akan membayar AS$4 bilion secara tunai dan kira-kira AS$12 bilion dalam bentuk saham dalam pemerolehan terbesarnya itu - berbanding hanya AS$1 bilion yang dibayarnya untuk memperolehi aplikasi kongsi gambar Instagram.


Dalam kenyataannya, pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, berkata:


"Matlamat kami adalah untuk menjadikan dunia ini lebih terbuka dan lebih lebih terhubung.


"Kami melakukannya dengan membangunkan perkhidmatan yang membantu orang ramai mengongsi apa jua jenis kandungan dengan mana-mana kumpulan orang yang mereka mahu.


"WhatsApp akan membantu kami mencapai matlamat ini dengan terus membangunkan satu perkhidmatan yang membuatkan orang sedunia suka untuk menggunakannya setiap hari," katanya. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >