Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Facebook dedahkan perangkaan ucapan benci

Nov 21, 2020 | 05:30 AM



SAN FRANCISCO: Facebook Inc buat julung kalinya mendedahkan perangkaan pertuturan kebencian di platformnya, dengan mengatakan bahawa dari setiap 10,000 tontonan kandungan pada suku ketiga, 10 hingga 11 mengandungi ucapan benci.



Syarikat media sosial terbesar di dunia, yang menghadapi sorotan atas dasarnya menangani penyalahgunaan terutama semasa pilihan raya presiden Amerika Syarikat awal bulan ini, mendedahkan anggaran tersebut dalam laporan suku tahunannya.



Facebook mengatakan bahawa pihaknya mengambil tindakan terhadap 22.1 juta keping kandungan ucapan kebencian pada suku ketiga, sekitar 95 peratus daripadanya dikenal pasti secara proaktif, berbanding 22.5 juta pada suku sebelumnya.



Syarikat mendefinisikan 'mengambil tindakan' sebagai memadamkan kandungan, meletakkan amaran, mematikan akaun, atau menyerahkannya ke agensi luar.



Musim panas ini, kumpulan hak sivil menganjurkan boikot pengiklanan yang meluas untuk cuba menggesa Facebook bertindak menentang ucapan kebencian.



Syarikat itu bersetuju mendedahkan metrik ucapan kebencian, yang dihitung dengan memeriksa sampel kandungan perwakilan yang dilihat di Facebook, dan mengadakan audit bebas terhadap rekod penguatkuasaannya.



Dalam sidang bersama wartawan, ketua keselamatan dan integriti Facebook Guy Rosen mengatakan audit akan selesai "sekitar 2021".



Liga Anti-Fitnah (ADL), salah satu kumpulan di belakang boikot, mengatakan metrik baru Facebook masih kekurangan konteks yang mencukupi untuk penilaian penuh mengenai prestasinya.



"Kami masih tidak mengetahui daripada laporan ini dengan tepat berapa banyak pengguna yang membuat laporan ke Facebook - adakah tindakan telah diambil atau tidak," kata jurucakap ADL Todd Gutnick. Data itu penting, katanya, kerana "ada banyak bentuk ucapan kebencian yang tidak akan dihapus, biarpun setelah ia dilaporkan."



Twitter dan YouTube, milik Google Alphabet Inc, tidak mendedahkan metrik kelaziman yang setanding.



Encik Rosen juga mengatakan bahawa dari 1 Mac hingga pilihan raya 3 November, syarikat itu memadamkan lebih 265,000 bahan kandungan daripada Facebook dan Instagram di Amerika Syarikat kerana melanggar dasar campur tangan pengundi.



Oktober lalu, Facebook mengatakan bahawa ia mengemas kini dasar ucapan kebenciannya untuk melarang kandungan yang menyangkal atau memutarbelitkan kejadian Holocaust.



Facebook berkata pihaknya mengambil tindakan terhadap 19.2 juta bahan ganas dan grafik pada suku ketiga, meningkat daripada 15 juta pada suku kedua tahun ini. Di Instagram, ia mengambil tindakan terhadap 4.1 juta bahan kandungan ganas dan grafik.



Awal minggu ini, ketua Facebook Encik Zuckerberg dan Ketua Pegawai Eksekutif Twitter Inc Jack Dorsey disoal oleh Kongres atas amalan penyederhanaan kandungan syarikat mereka, ekoran dakwaan pihak Republikan mengenai adanya berat sebelah politik hingga cara menangani ucapan ganas.



Minggu lalu, Reuters melaporkan bahawa Encik Zuckerberg ditukil sebagai berkata mantan penasihat Presiden Donald Trump, Encik Steve Bannon tidak banyak melanggar dasar syarikat itu apabila Encik Bannon menggesa agar kepala dua pegawai AS dipenggal.



Baru-baru ini syarikat itu juga dikritik kerana membenarkan kumpulan Facebook yang besar berkongsi dakwaan pilihan raya palsu dan retorik ganas bagi mendapatkan daya tarikan.



Facebook mengatakan kadar pencarian kandungan yang melanggar peraturan sebelum pengguna melaporkannya meningkat di kebanyakan kawasan kerana peningkatan alat kecerdasan buatan dan memperluas teknologi pengesanannya ke lebih banyak bahasa. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >