Facebook haramkan nasionalisme kulit putih, fahaman pemisah

SAN FRANCISCO: Facebook akan mengharamkan kandungan yang merujuk kepada nasionalisme kulit putih dan pemisahan kulit putih (memisahkan orang kulit putih daripada kaum kain), sekali gus mengambil langkah besar ke arah membendung perkauman dan kebencian di laman tersebut, lapor Bloomberg.

Dasar gergasi media sosial itu telah lama melarang pos ketuanan kulit putih, tetapi Facebook berkata ia tidak menggunakan larangan sama terhadap perbuatan melahirkan nasionalisme kulit putih kerana ia ingin menyertakan "konsep lebih luas" nasionalisme, seperti nasionalisme Amerika dan pemisahan Basque (sejenis nasionalisme melibatkan kaum dan daerah Basquea), yang dikaitkan dengan identiti masyarakat.

Promosi Masa Terhad Hari Raya

Berita Harian

Atau langgani sekarang untuk menerima salah satu daripada hadiah menarik ini

bernilai sehingga $179