Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Facebook henti padam berita Australia dalam laman media sosialnya

Feb 27, 2021 | 05:30 AM



SYDNEY: Syarikat gergasi Facebook mengakhiri tindakan memadamkan berita Australia selama seminggu di laman media sosialnya semalam, serta mengumumkan perjanjian komersial awal dengan tiga penerbit media kecil tempatan.



Langkah itu mencerminkan ketegangan antara syarikat Amerika Syarikat itu dengan kerajaan Australia, sehari setelah Parlimen negara itu meluluskan undang-undang memaksa syarikat itu dan juga Google membayar syarikat media tempatan kerana menggunakan kandungan berita di platform mereka.



Undang-undang baru itu menjadikan Australia negara pertama di dunia membolehkan penimbang tara kerajaan menetapkan harga bagi Facebook dan Google bayar syarikat media tempatan kerana menggunakan kandungan mereka sekiranya rundingan dalam kalangan mereka gagal.



Canada dan negara lain telah menunjukkan minat meniru undang-undang itu.



"Gergasi teknologi global, mereka mengubah dunia tetapi kita tidak boleh membiarkan mereka mengendalikan dunia," kata Perdana Menteri Australia Scott Morrison semalam, sambil menambah bahawa syarikat besar itu mesti bertanggungjawab kepada pemerintah berdaulat.



Facebook, yang memadam kandungan berita media Australia di lamannya selama lapan hari hingga menarik perhatian global, mengatakan ia telah menandatangani perjanjian perkongsian kandungan dengan syarikat Schwartz Media, Solstice Media dan Private Media.



Tiga syarikat itu memiliki beberapa penerbitan, termasuk akhbar mingguan, majalah dalam talian dan majalah pakar.



Facebook tidak mendedahkan butiran kewangan perjanjian itu, yang berkuat kuasa dalam tempoh 60 hari sekiranya perjanjian penuh ditandatangani.



"Perjanjian ini akan membawa kewartawanan baru premium, termasuk beberapa kandungan yang sudah lama perlu dibayar, ke Facebook," kata syarikat media sosial itu dalam satu kenyataan.



Perjanjian itu turut meredakan kebimbangan penerbit media kecil Australia tidak akan terlibat dalam perjanjian pembahagian hasil dengan Facebook dan Google.



"Tidak pernah berlaku perkara penting seperti ini bagi mempunyai pelbagai suara dalam bidang akhbar Australia," kata ketua eksekutif Schwartz Media, Cik Rebecca Costello.



Selasa lalu, Facebook membuat perjanjian serupa dengan Seven West Media, pemilik rangkaian televisyen percuma dan akhbar metropolitan utama di bandar Perth.



Syarikat media The Australian Broadcasting Corp berkata ia dalam perbincangan dengan Facebook.



Pengarah Urusan Google Australia Mel Silva mengatakan dalam satu kenyataan semalam syarikat itu telah menemui "jalan membina bagi menyokong kewartawanan".



Beliau mengucapkan terima kasih kepada pengguna mesin pencari Australia itu kerana "terus bersama kami sedang kami menghantar mesej kepada anda mengenai isu ini".



Selama berbulan-bulan sebelum ini, Facebook dan Google mengancam menghentikan khidmat utamanya di Australia jika undang-undang media itu dilaksana. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >