Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Facebook upah kontraktor hasilkan transkrip audio pengguna

Aug 14, 2019 | 09:18 AM



NEW YORK: Facebook Inc telah mengupah kontraktor luar untuk menghasilkan transkrip dari klip audio pengguna khidmatnya, menurut laporan Bloomberg Selasa lalu. 


Syarikat tersebut mengesahkan bahawa ia pernah melakukan demikian namun berkata ia tidak lagi meneruskannya, menurut Bloomberg. 


Menurut laporan itu lagi, pengguna yang terjejas telah membuat pilihan dalam aplikasi Messenger supaya terdapat transkrip dari perbualan mereka. Kontraktor tersebut ditugaskan untuk memeriksa sama ada transkrip mesej-mesej tersebut dihasilkan dengan betul oleh kecerdasan buatan (AI) Facebook. 


Saham Facebook meningkat sebanyak 1.66 peratus ke US$188.44 selepas laporan tersebut.


Syarikat media sosial itu telah menghadapi kritikan dari penggubal undang-undang dan pengawal selia atas amalan privasinya. 


Minggu lalu, mahkamah rayuan persekutuan menolak usaha Facebook untuk membatalkan tuntuan tindakan yang mendakwa ia mengumpul dan menyimpan data biometrik secara terlarang dari jutaan pengguna tanpa persetujuan mereka. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >