DUBAI: Menggalak atau terlibat dalam lawatan sehala ke planet Marikh dilarang Islam, menurut Penguasa Umum bagi Ehwal dan Yayasan Islam Amirah Arab Bersatu (UAE).
"Lawatan sehala seperti itu menimbulkan risiko kepada kehidupan, dan ia tidak mempunyai kewajaran dalam Islam," kata jawatankuasa fatwa itu, yang dipetik dalam laporan portal berita setempat, Khaleej Times.