Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

FB, Google di AS bakal wajibkan pekerja divaksin sebelum kembali ke pejabat

Jul 30, 2021 | 05:30 AM



NEW YORK: Syarikat teknologi gergasi akan mewajibkan para pekerjanya di Amerika Syarikat supaya mendapatkan vaksinasi Covid-19 sebelum memasuki pejabat sedang varian Delta yang merebak cepat menyebabkan kes jangkitan melonjak di rantau itu.



Syarikat Google dan Facebook Inc berkata semua pekerjanya di Amerika harus divaksin sebelum memasuki pejabat.



Google juga sedang merancang untuk meluaskan program vaksinasi ke rantau lain dalam beberapa bulan mendatang.



Menurut satu laporan Deadline, firma penstriman, Netflix Inc juga telah melaksanakan satu dasar yang mewajibkan vaksinasi untuk semua pelakon dan krew bagi penerbitannya di Amerika.



Google juga menangguh tarikh membenarkan pekerja kembali ke pejabatnya lagi sebulan kepada 18 Oktober, kata Ketua Pegawai Eksekutif, Sundar Pichai.



Pekerja yang balik ke pejabat akan perlu menunjukkan bukti vaksinasi, kata Encik Pichai dalam satu nota yang ditulis kepada kakitangan dan diposkan di sebuah laman web Google.



Sementara itu, Facebook Inc juga memberitahu kakitangan ia akan memerlukan mereka divaksin untuk kembali ke pejabat mereka di Amerika.



"Sedang pejabat-pejabat kami dibuka semula, kami akan memerlukan sesiapa sahaja yang akan datang ke pejabat di mana-mana kampus kami di Amerika agar divaksin," kata seorang jurucakap Facebook dalam satu kenyataan.



Syarikat tersebut yang memberitahu kakitangan tentang dasarnya itu kelmarin, berkata ia akan melaksanakan satu proses bagi mereka yang tidak boleh divaksin kerana sebab perubatan.



"Kami akan menilai pendekatan kami bagi negara lain, sedang keadaan ini berubah," tambah jurucakap tersebut.



Facebook menjangkakan sekitar 50 peratus pejabatnya akan dipenuhi di Amerika menjelang awal September, dengan kepulangan penuh pekerja pada Oktober.



Pekerja boleh memohon untuk bekerja secara berasingan tetap dan Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mark Zuckerberg, telah berkata bahawa beliau menjangkakan sebanyak separuh daripada pekerja Facebook akan bekerja secara berasingan pada dekad mendatang.



Banyak syarikat teknologi termasuk Microsoft Corp dan Uber telah mengatakan mereka menjangkakan pekerja kembali ke pejabat, beberapa bulan selepas sekatan akibat pandemik telah memaksa mereka beralih ke bekerja dari rumah.



Sementara itu, Apple Inc merancang untuk mengembalikan pemakaian pelitup di kebanyakan kedai runcitnya di Amerika semalam bagi kededua pelanggan dan kakitangan, walaupun untuk mereka yang sudah divaksin. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >