Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Fed naikkan kadar faedah, tanda yakin pada ekonomi Amerika

Dec 17, 2015 | 11:15 AM



WASHINGTON: Rizab Federal (Fed) Amerika Syarikat menaikkan kadar faedah pada Rabu (16 Dis), kali pertama dalam tempoh hampir satu dekad, tanda keyakinan baru dalam ekonomi negara itu.


Pengerusi Fed, Cik Janet Yellen, berkata dalam satu sidang media: "Kami melihat sebuah ekonomi yang sedang berada di laluan peningkatan mampan."


Sasaran baru bagi kadar faedah dana federal - kadar yang bank kenakan bagi pinjaman semalaman kepada satu sama lain - ialah 1/4 hingga 1/2 peratus, meningkat daripada julat sifar hingga 1/4 peratus.


Fed tidak menaikkan kadar sejak 2006. Pada 2008, ia mengurangkan kadar faedah sasaran ke hampir sifar sebagai satu cara menyokong ekonomi selepas kejatuhan Lehman Brothers.


Kadar faedah rendah menjadikan dana lebih murah, sekali gus menyediakan insentif untuk pengguna dan perniagaan meminjam wang dan merangsang ekonomi.


Bagaimanapun petunjuk ekonomi yang lebih kukuh dalam beberapa bulan kebelakangan ini mendorong Fed berasa yakin sekarang masanya untuk mengetatkan dasar kewangan.


Menurut akhbar The Straits Times bank seperti JP Morgan dan Wells Fargo antara yang pertama menaikkan kadar faedah perdana - kadar yang bank kenakan pelanggan yang diutamakan - menyusuli pengumuman Fed itu, daripada 3.25 kepada 3.5 peratus.


Namun, kedua-duanya tidak menaikkan kadar faedah yang diberi bagi deposit.


Melangkah ke hadapan, Fed dijangka meningkat kadar beransur-ansur. Bagaimanapun, Cik Yellen menjelaskan ia tidak bermakna kadar dan jarak kenaikan akan sama.


Menurut akhbar itu, Penolong Profesor Alessandro Rebucci dari Sekolah Perniagaan Johns Hopkins Carey, berkata tukaran mata wang saluran utama di mana kesan kenaikan kadar faedah itu akan dirasa.


Sedang nilai dolar Amerika meningkat berbanding mata wang asing, "ekonomi asing akan diberi peluang untuk meningkatkan eksport ke Amerika Syarikat".


Bagaimanapun, kesan itu mungkin diimbangi oleh kesan kewanan memandangkan pasaran baru muncul mempunyai hutang dalam mata wang asing yang besar, dan dengan kenaikan nilai mata wang Amerika serta kemerosotan nilai mata wang Asia, "kesukaran mungkin datang dalam bentuk beban kewangan".


Pasaran saham di Amerika, bagaimanapun, memberi reaksi positif kepada berita kenaikan kadar faedah itu, dengan Dow tutup 224 mata lebih tinggi dan Standard and Poor Indeks 500 naik 29 mata.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >