MASALAH JEREBU

Fenomena cuaca sumbang kepada punca jerebu

Ketua meteorologi M'sia: Masalah jerebu akan berlarutan hingga Oktober kerana El Nino dan Siklon Tropika

KUALA LUMPUR: Situasi jerebu tidak banyak berubah dan dijangka berlanjutan sehingga pertengahan Oktober ini berikutan dipengaruhi cuaca kering daripada fenomena El Nino dan pembentukan aktif Siklon Tropika di Filipina.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Datuk Che Gayah Ismail, berkata kedua-dua faktor ini saling berkait rapat dan menjadi punca jerebu di Indonesia, Singapura dan Malaysia masih berlaku.

$0.99/bulan
Selama enam bulan*!
Hubungi 6388 3838
*Sah hanya dengan langganan setahun