Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ferdinand Marcos Jr menang besar dalam pilihan raya Filipina

May 11, 2022 | 05:30 AM



ANAK lelaki kepada mendiang diktator Filipina Ferdinand Marcos, Encik Ferdinand 'Bongbong' Marcos Junior, telah meraih kemenangan besar dalam pilihan raya presiden negara itu semalam.



Ini selepas sebahagian rakyat Filipina meletakkan kepercayaan mereka kepada dinasti keluarga itu yang pernah tercemar untuk mengurangkan kadar kemiskinan di negara Asia Tenggara itu.



Tindakan itu juga sekali gus menolak amaran beberapa pihak bahawa kaum puak keluarga itu akan meluaskan amalan rasuah serta melemahkan demokrasi.



Dengan kiraan awal undi hampir selesai, Encik Marcos Jr, 64 tahun, telah memperoleh lebih 56 peratus undi - lebih seganda undi yang diraih pesaing terdekatnya, naib presiden semasa, Cik Leni Robredo, 57 tahun.



Kelebihan 16 juta undi itu menunjukkan perubahan menakjubkan dalam nasib keluarga Marcos, yang pernah terpaksa melarikan diri dari Istana presiden pada 1986 ekoran pemberontakan rakyat.



Rakyat Filipina juga memberi sokongan kepada anak Presiden Rodrigo Duterte, Cik Sara Duterte, 46 tahun, untuk menjadi naib presiden akan datang.



Sekitar 67.5 juta rakyat Filipina telah mendaftar untuk mengundi dalam pilihan raya tahun ini, lebih 13 juta daripada 2016.



Hampir dua juta yang tinggal di luar negara telah membuang undi.



Diminta mengulas kemenangan Encik Marcos Jr, Zamil Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Dr Oh Ei Sun, memberitahu Berita Harian (BH) bahawa Encik Marcos Jr akan mewarisi sebuah negara yang agak berpecah-belah - antara penyokongnya yang nostalgia tentang warisan keluarganya dengan mereka yang menentang keras kebangkitan dinasti Marcos.



"Oleh itu, tumpuan awal adalah untuk mengendalikan politik dalam negara yang bergelora.



"Ini selain memenuhi jangkaan tinggi penyokongnya bahawa akan ada manfaat ekonomi serta-merta apabila beliau menjadi presiden."



Dr Oh menambah seperti presiden sebelumnya, dasar luar Encik Marcos akan bergantung besar kepada kedudukan yang diambil Amerika Syarikat.



"Jika Amerika dapat mengetepikan percubaan antarabangsa yang telah lama cuba mendapatkan semula aset kleptokrat keluarga Marcos, dan terus melabur di negara itu dan bekerjasama rapat dengan ekonomi Filipina, maka 'Bongbong' mungkin akan mengambil dasar luar yang lebih pro-Amerika.



"Ini melainkan jika China boleh membuat tawaran yang lebih baik," ujar beliau.



LAPORAN SELANJUTNYA: Kemenangan 'Bongbong' Marcos Jr tamparan besar buat rakyat Filipina




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >