Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Fifa batal undi peringkat kumpulan Piala Dunia U-20

Mar 28, 2023 | 05:30 AM



KEDUDUKAN Indonesia sebagai hos Piala Dunia Bawah 20 tahun (U-20) 2023 tiba-tiba dipersoalkan, selepas badan induk bola sepak dunia Fifa bertindak membatalkan undian peringkat kumpulan kejohanan di Bali yang dijadualkan pada 31 Mac, di tengah-tengah tentangan yang semakin meningkat terhadap penyertaan Israel.



Sebilangan ketua serantau dan bahagian dari Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) yang memerintah telah lantang mengkritik badan itu sejak kebelakangan ini, walaupun penganalisis percaya kenyataan mereka bermotifkan politik, lapor akhbar Jakarta Post.



Dengan hanya kurang dua bulan sebelum pertandingan remaja itu bermula, semua mata tertumpu kepada pemerintah Indonesia agar dapat membendung dengan tegas bantahan politik terhadap acara sukan global itu.



Sementara itu, laman Suara.com melaporkan Argentina bersedia menggantikan Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia U-20 2023 andai Fifa memuktamadkan keputusannya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >