Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Filem AS dilarang siar di China dek kurang hormat terhadap budaya lain

Aug 20, 2022 | 05:30 AM



BEIJING: China mahu pembuat filem Amerika Syarikat menunjukkan lebih rasa hormat kepada budaya lain, dalam ulasan yang jarang dibuat terhadap Hollywood yang menghadapi pendapatan semakin berkurangan selepas negara Asia itu melarang penyiaran beberapa filem Amerika.



"Kami berharap mutu filem Amerika dapat terus dipertingkat atas dasar menghormati budaya, adat resam penonton kami," kata Encik Sun Yeli, timbalan menteri jabatan publisiti jawatankuasa pusat Parti Komunis.



"Kami akan mengimport dari mana-mana negara yang menghasilkan filem lebih baik yang lebih sesuai bagi cita rasa penonton China."



Negara itu adalah pasaran filem terbesar di dunia dan sumber pendapatan penting buat Hollywood.



Kira-kira 41 peratus filem yang diimport ekonomi kedua terbesar dunia itu sejak 10 tahun lalu adalah filem Amerika, dengan pendapatan pecah panggung beberapa filem Amerika di China melebihi pendapatan yang diperoleh di negara sendiri, kata Encik Sun.



Ini kali pertama seorang pegawai tinggi China membayangkan mengapa filem Amerika lebih sukar mendapat kelulusan bagi tayangan tempatan.



Bahagian pasaran Hollywood menjunam di China ke paras terendah tahun lalu di tengah-tengah peningkatan nasionalisme dan usaha presiden China, Encik Xi Jinping, untuk mengekang pengaruh budaya Barat.



Sekitaran perniagaan masih tidak menentu tahun ini berikutan ketegangan semakin meningkat antara Beijing dengan Washington, dengan beberapa filem terkenal Amerika gagal mendapat kelulusan untuk disiarkan di China.



Itu termasuk Top Gun: Maverick yang memperoleh lebih AS$1.3 bilion ($1.8 bilion) dalam jualan tiket di seluruh dunia, tetapi masih belum ditayangkan di China, di mana ia dilihat sebagai meraikan tentera Amerika.



Kemunculan bendera Taiwan pada jaket pengebom yang dipakai watak Tom Cruise turut menimbulkan kemarahan ramai pengguna media sosial China.



Filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness dan Shang-Chi and The Legend of The Ten Rings keluaran Walt Disney Co juga telah dilarang di China, selain beberapa filem lain Disney Marvel.



Hanya 28 filem Amerika ditayangkan di China tahun lalu, menyumbang 12 peratus daripada keseluruhan hasil pecah panggung negara itu, menurut platform tiket Maoyan Entertainment.



Ini berbanding lebih 50 filem pada 2019 yang menyaksikan Hollywood memenangi 32 peratus bahagian pasaran.



Setakat tahun ini, China telah mengimport 18 filem Amerika, menyumbang 11 peratus daripada jumlah jualan tiket. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >