Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Filipina akan semak strategi Covid-19, pekerja penjagaan kesihatan gesa kawalan lebih ketat

Aug 02, 2020 | 02:59 PM



MANILA: Jabatan kesihatan Filipina berjanji untuk menyemak strategi menangani Covid-19 dalam tempoh seminggu dan akan mengukuhkan lagi tenaga kerja penjagaan kesihatan di ibu kota Manila, di mana pekerja sektor tersebut menggesa pemerintah untuk menguatkuasakan kembali arahan berkurung. 



Negara Asia Tenggara itu melaporkan sebanyak 4,963 kes baru jangkitan koronavirus semalam (1 Ogos) dan ini merupakan kenaikan terbesar dalam sehari yang pernah dicatatkan. 



Jumlah kes keseluruhan di negara itu adalah 98,232 dengan sebanyak 2,039 kematian. 



Ini merupakan jumlah jangkitan dan kematian yang berpunca dari koronavirus kedua tertinggi di rantau ini, selepas Indonesia. 



Dalam gesaan terbesar dari pakar kesihatan untuk mengawal virus itu, sebanyak 80 kumpulan yang mewakili 80,000 doktor dan sejuta jururawat berkata Filipina kini semakin tewas dalam usaha menangani jangkitan Covid-19 dan memberi amaran bahawa sistem penjagaan kesihatan boleh runtuh jika jumlah jangkitan semakin meningkat tanpa kawalan yang lebih ketat. -Reuters

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >