Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Filipina alami jangkitan tempatan Zika pertama tahun ini

Sep 06, 2016 | 11:02 AM



FILIPINA melaporkan pada Isnin (5 Sep) kes Zika jangkitan tempatan pertamanya tahun ini, dan keenam sejak 2012.

Pegawai kesihatan berkata seorang wanita berusia 45 tahun di tengah bandar Iloilo, 600km ke selatan Manila, didapati positif Zika. Wanita sudah berkahwin itu tidak hamil dan tidak mempunyai sejarah perjalanan ke sembarang negara terjejas Zika dalam tempoh dua minggu lalu.

Beliau pergi ke hospital pada 31 Ogos untuk ujian Zika. Sampel yang diambil daripada beliau dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan Tropika, yang mengesahkan pada Isnin bahawa ia jangkitan Zika.

"Kami menjangka kes tambahan kerana perkembangan baru ini," kata Penolong Menteri Kesihatan, Encik Eric Tayag, kepada pemberita.

Kementerian Kesihatan telah menghantar satu pasukan ke Iloilo untuk mencari lebih banyak kes, katanya. "Jika ada jangkitan tempatan, kita perlu menjangka kes tambahan. Kami akan memastikan kami tidak terlepas kesan sesiapa," ujarnya.

Wanita itu tidak dikuarantin, tetapi diberitahu supaya mengelakkan hubungan seks berisiko sekurang-kurangnya lapan minggu. "Satu-satunya cara beliau boleh merebaknya kepada orang lain ialah melalui jangkitan seksual," kata Dr Tayag.

Beliau berkata pegawai kesihatan akan menguji orang-orang yang ada berhubungan dengan wanita itu, terutama yang telah menunjukkan tanda-tanda demam, ruam kulit, mata merah dan sakit sendi.

"Kami juga perlu mengambil kira cara jangkitan lain. Tetapi pada masa ini, kemungkinan besar ia jangkitan tempatan dan bukan sebaliknya," katanya.

Dr Tayag berkata Kementerian Kesihatan telah menguji pesakit sejak 1 Jan, tetapi ini kes Zika pertama yang disahkan tahun ini.

Kes terakhir jangkitan tempatan Zika berlaku di Filipina pada Mei 2012, melibatkan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun di bandar Cebu, 572km ke selatan Manila. Pesakit itu, yang mulanya disangka dilanda denggi atau chikungunya, pulih selepas tiga minggu.

Buletin Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat menyatakan sebelum ini bahawa jenis virus bawaan nyamuk itu mungkin diperkenal di Filipina sebelum 2012, dan mungkin ia kekal tidak dikesan.

Filipina melaporkan empat kes lain tahun ini, tetapi ia melibatkan seorang pelancong Amerika dan tiga dari Korea Selatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >