Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Filipina buka sempadan minggu depan, Myanmar tahun depan

Nov 28, 2021 | 05:30 AM



MANILA/YANGON: Filipina akan menerima semula kedatangan pelancong sudah divaksinasi penuh dari kebanyakan negara minggu depan, selepas menutup sempadannya lebih 20 bulan bagi mengelakkan penularan Covid-19.



Jurucakap Presiden Filipina, Encik Karlo Nograles, memberitahu wartawan kelmarin penurunan jangkitan baharu Covid-19 dan peningkatan liputan vaksin membolehkan negara itu memulihkan sektor pelancongan yang terjejas dengan membuka semula sempadan mulai 1 Disember.



Pelancong sudah divaksinasi penuh dari 157 negara tidak akan dikuarantin jika hasil ujian Covid-19 mereka didapati negatif sebelum penerbangan mereka dan jika mereka tidak mengunjungi negara mempunyai kadar jangkitan tinggi dalam tempoh dua minggu sebelum itu.



Negara ditetapkan berisiko rendah termasuk Singapura, Malaysia, Indonesia, Jepun Arab Saudi, Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Amerika Syarikat, menurut Jabatan Ehwal Luar.



Sementara itu, pemerintah tentera Myanmar merancang menyambung semula pelancongan antarabangsa awal tahun depan, menurut Kementerian Perhotelan dan Pelancongan.



Bagi fasa pertama pembukaan, kementerian itu menjangka ketibaan pelawat dari negara serantau, kata Jabatan Perhubungan Awam dan Penerangan kementerian itu kepada agensi berita Xinhua.



"Kami sedang mengadakan rundingan dengan agensi pemerintah dan pihak swasta untuk menerima pelawat antarabangsa apabila lapangan terbang dan sempadan dibuka semula," kata seorang pegawai jabatan itu.



Myanmar menggantung operasi penerbangan penumpang komersial antarabangsa, tidak termasuk penerbangan bantuan, perubatan dan penerbangan khas.



Pengeluaran semua jenis visa bagi warga asing dari semua negara juga digantung, berikutan dua kes positif Covid-19 dilaporkan pada 23 Mac tahun lalu.



Menurut satu kenyataan Kementerian Penerangan Myanmar baru-baru ini, sempadan darat negara itu dengan Thailand akan dibuka semula bulan depan.



Di Asia Tenggara, Singapura, Malaysia, Indonesia, Kemboja, Thailand dan Vietnam sudah membuka semula sempadan mereka kepada pelancong asing. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >