Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Filipina jangka terima 30j vaksin Novavax jelang Julai tahun depan

Dec 23, 2020 | 05:30 AM



MANILA: Filipina dijangka menerima 30 juta dos vaksin Covid-19 Novavax Inc menjelang Julai tahun depan, meningkatkan usaha negara itu menjamin bekalan untuk menyuntik lebih 100 juta orang, kata menteri luarnya kelmarin.



Walau telah berunding dengan beberapa pembuat vaksin, Filipina sejauh ini menandatangani hanya satu perjanjian bekalan, dengan bantuan sektor swastanya, untuk mendapat 2.6 juta dos vaksin yang dibangunkan AstraZeneca.



Ia merancang membeli 25 juta dos vaksin Sinovac Biotech dari China untuk dihantar menjelang Mac dan sasar menjamin antara empat dengan 25 juta dos vaksin daripada Moderna dan Arcturus Therapeutics Holdings Inc.



"Sebanyak 30 juta dos vaksin Novavax buatan India dijamin mungkin tanpa pendahuluan tunai. Ia akan tersedia ada menjelang Julai 2021," kata Setiausaha Ehwal Luar Teodoro Locsin dalam satu wawancara bersama CNN Filipina.



Beliau berkata maklumat itu timbul dari Institut Serum India, pengeluar vaksin terbesar dunia, bahawa terma perjanjian bekalan mungkin akan ditandatangani sebelum hujung tahun ini.



Tiada komen dibuat dari institut itu, yang pada Ogos menyertai persetujuan bekalan dan lesen dengan Novovax Inc bagi pembangunan dan pengkomersilan calon vaksin Covid-19.



Perbincangan bersama Moderna, yang telah mendapat kebenaran penggunaan kecemasan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika (FDA), akan bermula minggu depan, kata Encik Locsin.



Dengan 459,789 kes jangkitan dan 8,947 kematian, Filipina mencatat jumlah kes jangkitan dan kematian kedua tertinggi di Asia Tenggara di belakang Indonesia. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >