Filipina telah menggiatkan program perancangan keluarga kerana prihatin yang penularan Covid-19 akan menyebabkan peningkatan bilangan penduduk.
"Kami melihat pada masa lalu semasa hayat ibu bapa atau datuk nenek kami, kadar kelahiran akan meningkat dengan signifikan selepas satu kejadian besar.
"Ini sebabnya perancangan keluarga menjadi lebih penting ( di tengah-tengah krisis koronavirus), "kata ketua Suruhanjaya Pembangunan Bilangan Penduduk, Juan Antonio Perez dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh Bayer Philippines, yang menyokong program suruhanjaya itu.
Filipina mempunyai seramai 108.7 juta penduduk, kedua tertinggi di Asia Tenggara.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg