Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Filipina tolak tawaran China untuk bincang Laut China Selatan di luar putusan timbang tara

Jul 19, 2016 | 12:00 PM



MANILA: Filipina telah menolak cadangan China agara dimulakan rundingan dua hala, kata Menteri Luar Perfecto Yasay pada Selasa (19 Julai), kerana Beijing mengenakan syarat mereka tidak harus membincangkan keputusan mahkamah yang timbang tara yang membatalkan kebanyakan tuntutan China ke atas Laut China Selatan.



Encik Yasay berkata beliau menemui rakan sejawatannya dari China, Encik Wang Yi, di luar acara sidang puncak pemimpin Asia dan Eropah hujung minggu lalu, dan selepas menimbulkan topik mengenai keputusan tribunal timbang tara itu, menjadi jelas bahawa ia perkara yang tidak boleh ditimbulkan.



"Mereka berkata jika awak berkeras menghendaki keputusan itu, berbincang sejajar dengannya, maka kita mungkin menuju konfrontasi," ujar Encik Yasay dalam satu temu bual dengan saluran berita penyiar ABS-CBN.



"Tetapi saya benar-benar jujur berasa ini sesuatu yang mereka perlu buat secara terang-terangan tetapi saya juga berasa ada ruang untuk kami bercakap senyap-senyap menggunakan saluran pintu belakang."



Encik Yasay berkata Encik Wang mencadangkan perbincangan dua hala tetapi hanya mengenai isu-isu "di luar, atau dengan mengetepikan keputusan timbang tara", yang beliau enggan kerana ia bukan bagi kepentingan nasional Filipina.



China menolak dengan marah keputusan Mahkamah Tetap Timbang Tara dan kes pemula yang dibawa kepadanya oleh Filipina sebagai tidak sah dan tidak munasabah. Beijing telah berkata berulang kali ia tidak akan mengubah pendekatan atau tuntutan kedaulatannya di Laut China Selatan.



Encik Yasay berkata beliau berharap keputusan itu akan membawa kepada negara Asia Tenggara lain mengeluarkan satu kenyataan bersama, sambil menambah ia juga boleh membantu negara jiran yang terlibat dalam pertikaian dengan China.



Apa yang dinyatakan Encik Yasay mengenai pertemuan beliau dengan pihak China itu menonjolkan cabaran yang dihadapi Filipina, sekutu Amerika Syarikat, dalam membuat China mematuhi keputusan timbang tara tersebut.



Pengawal pantai China menghalang bot Filipina menangkap ikan di sekitar Scarborough Shoal, yang menjadi rebutan antara dua negara itu, kata nelayan serta pegawai Jumaat lalu, dan tentera udara China mengeluarkan gambar menunjukkan pengebomnya baru-baru ini terbang di atas kawasan itu.



China menuntut hampir seluruh Laut China Selataan. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >