Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Finland, Sweden sertai Nato: Turkey diminta tarik balik kuasa veto

Jun 28, 2022 | 05:30 AM



MADRID: Pemimpin negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) dijangka menggesa Presiden Turkey, Encik Tayyip Erdogan, untuk menarik balik vetonya berkaitan langkah Finland dan Sweden mahu menyertai pakatan tentera itu, apabila pemimpin kumpulan itu bertemu sempena sidang puncak tiga hari mulai hari ini di Madrid, Sepanyol.



Nato juga dijangka menggunakan sidang itu untuk memberi isyarat kepada Russia dan China tentang azam pertubuhan itu untuk menangani sebarang ancaman daripada dua kuasa besar itu.



Berlangsung bersempena pencerobohan Russia di Ukraine, perhimpunan Madrid itu berlaku pada saat penting bagi perikatan transatlantik itu selepas kegagalan ketenteraan di Afghanistan dan perselisihan dalaman semasa era bekas Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, yang mengancam mahu menarik diri daripada perikatan nuklear itu.



Rundingan di kalangan pihak yang tidak sepakat masih berjalan, kata diplomat, tetapi pemimpin juga berharap untuk mencapai persetujuan memberi lebih banyak bantuan ketenteraan ke Ukraine, meningkatkan perbelanjaan pertahanan bersama, mengukuh azam baru untuk menangani peningkatan ketenteraan China dan meletakkan lebih banyak askar untuk mempertahankan negara Baltik dalam Nato.



Selain itu, pemimpin bukan Nato termasuk Australia, New Zealand, Jepun dan Korea Selatan dijangka menghadiri sebahagian sidang puncak itu - strategi lebih luas Amerika untuk memberi lebih tumpuan kepada kehadiran negara Barat di rantau Indo-Pasifik untuk menentang pengaruh China.



"Kami akan melakukan lebih banyak lagi untuk memastikan kami dapat mempertahan setiap inci wilayah Nato, pada setiap masa dan terhadap sebarang ancaman," kata Setiausaha Agung Nato, Encik Jens Stoltenberg, katanya baru-baru ini.



Walaupun pegawai Britain dan Amerika tidak bersetuju dengan permintaan negara Baltik bagi pasukan Nato yang kekal di negara mereka, sidang puncak itu mungkin mencari penyelesaian berkaitan pengerahan tentera pantas di negara rantau itu.



Nato dibentuk pada 1949 untuk menentang ancaman Soviet Union dan tidak tertakluk mempertahankan Ukraine, bukan anggota Nato.



Tetapi pencerobohan Russia ke atas Ukraine telah mencetuskan perubahan geopolitik apabila negara berkecuali Finland dan Sweden mahu menyertai Nato dengan Ukraine pula secara rasmi menjadi calon untuk menyertai Kesatuan Eropah (EU).



"Saya fikir ia adalah mesej penting kepada Putin. Dan saya fikir ia sebenarnya akan mengukuhkan Nato dengan ketara," kata Senator Amerika, Encik Angus King, mengenai permohonan Finland dan Sweden itu.



Namun kedudukan Turkey akan menguji perpaduan itu, sedang ia marah dengan apa yang dikatakannya sebagai sokongan dua negara itu terhadap militan Kurdish dan sekatan senjata ke atas Ankara.



Pendirian Encik Erdogan juga telah terbukti popular di negaranya sebelum pilihan raya presiden yang dijadual pada Jun 2023. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >