LAWATAN RAJA SALMAN DARI ARAB SAUDI KE ASIA

Firma minyak Arab Saudi, Petronas meterai projek bernilai RM30 bilion

PUTRAJAYA: Syarikat petroleum Arab Saudi, Aramco, dan Petronas akan memeterai perjanjian persefahaman (MOU) bagi projek kilang penapis minyak di Rapid Pengerang, Johor, membabitkan pelaburan bernilai RM30 bilion ($9.50 bilion), kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri Malaysia menyifatkan projek itu sebagai pelaburan tunggal terbesar dan sangat penting termasuk dalam memperkukuh nilai ringgit dan menambah peluang pekerjaan, sekali gus menunjukkan keyakinan terhadap ekonomi negara.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan