Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Firma Singapura meterai kerjasama dengan firma Sri Lanka

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Firma Singapura meterai kerjasama dengan firma Sri Lanka

Jan 24, 2018 | 01:13 PM

MENYUSULI pemeteraian Perjanjian Perdagangan Bebas Sri Lanka-Singapura (SLSFTA) semalam, beberapa firma tempatan hari ini menandatangani rangka kerjasama merentasi bidang makanan, akuakultur, layanan pelanggan dan prasarana dengan beberapa firma Sri Lanka.

Hadir menyaksikan pemeteraian perjanjian perniagaan, yang diadakan di Colombo itu, ialah Menteri Strategi Pembangunan dan Perdagangan Antarabangsa Sri Lanka, Encik Malik Samarawickrama; dan Menteri Perdagangan dan Perusahaan (Perusahaan) Encik S. Iswaran.

Encik Iswaran berada di Sri Lanka dalam rangka lawatan rasmi ke negara itu sebagai anggota rombongan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.

Menurut kenyataan bersama International Enterprise (IE) Singapore dan Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF), kededua IE Singapore dan SBF berganding bahu bagi membantu firma Singapura meneroka peluang perniagaan di Sri Lanka.

Penolong Ketua Pegawai Eksekutif IE Singapore, Encik Tan Soon Kim, berkata SLSFTA dan pembaharuan ekonomi oleh Sri Lanka akan membuka lebih banyak peluang bagi firma-firma Singapura dan Sri Lanka.

"Perjanjian yang ditandatangani menggariskan potensi pertumbuhan yang ditawarkan Sri Lanka kepada Singapura," jelas Encik Tan.

Pengerusi SBF, Encik S.S. Teo pula berkata:

"Masyarakat perniagaan mengalu-alukan dan menyokong SLSFTA."

Demi membantu firma tempatan meneroka lebih banyak peluang di Sri Lanka, IE Singapore akan bekerjasama dengan persatuan perdagangan dan dewan perniagaan untuk menganjurkan lima misi perdagangan ke negara itu.

Firma-firma Singapura berpeluang meraih peluang dalam bidang pengguna, prasarana, pelancongan dan perdagangan, sedang Sri Lanka membangun.

Perbelanjaan pengguna Sri Lanka kian tumbuh dan mencecah tahap tertinggi sekitar $69 bilion pada 2016.

Misalnya firma Ark Holdings dan Beijing Genomics Institution akan membina dan mengendalikan ladang ketam bagi eksport dan pengedaran.

Sebuah lagi firma HPL Hotels & Resorts dengan Bank of Ceylon akan membangun semula dan mengendalikan sebuah hartanah kolonial di Sri Lanka.

Dengan ekonomi bernilai $107.5 bilion pada 2016, Sri Lanka dijangka tumbuh pada kadar 5 peratus tahun ini.

Sebagai rakan import ketiga terbesar di Sri Lanka, Singapura mempunyai hubungan perdagangan yang rapat dengan negara Asia Selatan itu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3