Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG UKRAINE

Firma teknologi sekat media ada kaitan dengan pemerintah Russia

Mar 02, 2022 | 05:30 AM



SAN FRANCISCO: Induk media sosial Twitter dan Facebook, Meta, bertindak kelmarin mengekang kemunculan di platfomnya laman berita rasmi Russia yang didakwa menyogokkan maklumat palsu berkaitan pencerobohan Moscow di Ukraine.



Platfom sosial media kini dijadikan wadah antarabangsa serangan terkutuk Russia itu, memaparkan maklumat palsu di samping siaran langsung konflik yang menjadi krisis politik terbesar di Eropah itu dalam beberapa dekad.



Meta mengatakan ia akan membataskan akses di Kesatuan Eropah (EU) bagi RT dan Sputnik, yang didakwa negara Barat menjadi lidah penyambung Kremlin dan wadah bagi menyanggah bantahan terhadap peperangan itu.



Naib presiden ehwal global media sosial itu, Encik Nick Clegg, memberi alasan "ciri luar biasa situasi sekarang" semasa mengumumkan keputusan itu, tetapi tidak memberi butir lanjut.



Beberapa jam sebelum itu, Twitter mengatakan ia akan meletak amaran di twit yang mengongsi pautan ke media kerabat pemerintah Russia. Ketua kewibawaan halaman Twitter, Encik Yoel Roth, menulis platfom itu menyaksikan lebih 45,000 twit sehari yang mengongsi pautan sedemikian.



"Produk kami harus memudahkan mengetahui siapa di balik kandungan yang anda tatapi, dan apa motivasi dan niat mereka," ujarnya.



Selain meletak label yang mengenal pasti sumber pautan, platfom itu akan mengambil langkah-langkah bagi mengurangkan dengan banyak edaran kandungan sedemikian di Twitter".



Twitter dan Facebook dikenakan sekatan akses di Russia sejak serangan ke atas Ukraine dan sekarang sebahagian besarnya tidak boleh digunakan, menurut kumpulan pemantau laman web Netbloks.



EU mengumumkan Ahad lalu mengharamkan siaran RT dan Sputnik. Ketua EU, Cik Ursula von der Leyen, berkata mereka "tidak lagi boleh menyebar pembohongan bagi mewajarkan tindakan peperangan (Presiden Russia Vladimir) Putin".



Jabatan Negara Amerika Syarikat, dalam satu laporan Januari lalu, berkata Sputnik menyamakan diri mereka dengan media awam dan bebas seperti BBC, tetapi sebenarnya "berperanan pada asasnya sebagai saluran bagi tajuk perbincangan Kremlin". - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >