Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Florence cetus ancaman banjir besar di Amerika

Sep 24, 2018 | 05:30 AM



WILMINGTON/FAYETTEVILLE (Carolina Utara): Ramai penduduk di Carolina Utara dan Selatan, Amerika Syarikat, masih menghadapi ancaman banjir besar selepas taufan Florence melanda timur negara itu awal minggu lalu dengan membawa hujan lebat serta puting beliung dan menyebabkan sekurang-kurangnya 32 orang terkorban.



Sejauh ini, pihak berkuasa melaporkan bahawa sekitar 500,000 rumah dan perniagaan di kededua wilayah itu masih belum mendapatkan semula bekalan tenaga elektrik.



Namun, lebih membimbangkan adalah ancaman banjir dengan air mula naik ke paras bumbung, merubah lebuh raya menjadi sungai dan menyebabkan beribu-ribu penduduk menanti diselamatkan.



Paras air di beberapa batang sungai di daerah seperti di Fayetteville, Carolina Utara, sebuah bandar dengan 200,000 penduduk, dijangka terus meningkat, kata Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS).



Menurut pihak berkuasa keselamatan, sekurang-kurangnya 32 orang terbunuh sejak Florence membadai wilayah-wilayah itu sejak Jumaat lalu, termasuk 25 di Carolina Utara dan enam di Carolina Selatan.



Seorang lagi dilaporkan terkorban dalam kejadian puting beliung yang berlaku gara-gara Florence di Virginia, yang turut memusnahkan berpuluh-puluh bangunan, kata NWS.



"Banjir masih menjadi kebimbangan pada hujung minggu dan minggu depan," kata pakar kaji cuaca NWS Hal Austin yang turut meramalkan hujan di kededua wilayah tersebut.



Banjir turut menyebabkan lebih 1,500 batang jalan raya ditutup di seluruh Carolina Utara, sekali gus menyukar usaha pasukan bomba dan penyelamat pergi ke banyak kawasan untuk menghulurkan bantuan.



Di New Hanover County sahaja, operasi menyelamat mencecah ribuan angka, kata seorang jurucakap.



Kerosakan harta benda akibat Florence setakat ini dijangka berjumlah antara AS$17 bilion ($23.3 bilion) dengan AS$22 bilion. - Reuters.




ANGKARA FLORENCE



  • Sekurang-kurangnya 32 orang terbunuh dalam kejadian berkaitan ribut

  • Sekitar 500,000 rumah dan perniagaan tanpa bekalan elektrik di Carolina Utara dan Selatan

  • Florence, yang membawa angin sederas antara 19 dengan 40 km/j, menyebabkan berlakunya hujan lebat dari Isnin hingga Selasa lalu.

  • Beberapa daerah di tengah Amerika Syarikat dijangka menerima tambahan antara lima dengan 10 sm hujan.

  • Swansboro, di Carolina Utara, telah menerima lebih 76 sm hujan; beberapa daerah lain telah menerima lebih 50 sm hujan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >