'Fokus pentadbiran baru harus pada kestabilan politik, pembangunan ekonomi'
Mar 02, 2020 | 05:30 AM
KUALA LUMPUR: Pentadbiran baru Tan Sri Muhyiddin haruslah fokus kepada memastikan kestabilan politik dan pembangunan ekonomi, kata ketua-ketua parti bersekutu kerajaan sekarang semalam.
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memberitahu media: "Kita harus bersatu dan lupakan perbezaan kita. Kita harus memulihkan ekonomi demi menjaga kebajikan rakyat. Kemiskinan perbandaran harus dikurangkan."