Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Forever 21 sedia untuk daftar jadi muflis

Aug 30, 2019 | 04:25 PM



NEW YORK (BLOOMBERG) - Syarikat peruncit fesyen, Forever 21 Inc, sedang bersiap sedia untuk daftar menjadi muflis kerana wang pendapatannya semakin berkurangan dan pilihan untuk memulihkan keadaan itu agak pudar, menurut individu yang mempunyai pengetahuan with mengenai rancangan itu. 



Tambahan pula, syarikat itu telah mengadakan pembincangan untuk mendapatkan pembiayaan tambahan dan sedang bekerjasama dengan sekumpulan penasihat untuk membantu menyusun semula hutang-hutang mereka. 



Namun, rundingan dengan pemberi wang pinjaman telah terhenti setakat ini, kata orang ramai. 



Oleh itu, tumpuan telah berpindah ke arah mendapatkan pinjaman oleh mahkamah setelah membuat permohonan muflis agar hutangnya dapat disusun semula dan supaya syarikat itu dapat mendaftar jadi Bab 11, kata mereka, walaupun terdapat sedikit waktu untuk mendapatkan perjanjian minit terakhir supaya ia tidak perlu menghadapi mahkamah.



Mereka melakukan demikian kerana kebankrapan yang akan difailkan dapat membantu syarikat itu untuk menjual kedai-kedainya yang tidak membawa keuntungan, supaya mereka dapat meningkatkan jumlah modal perniagaan mereka, kata beberapa pihak tertentu yang tidak mahu dikenali sewaktu pembincangan rundingan swasta sedang diadakan.



Wakil-wakil Forever21 tidak bertindak balas terhadap permintaan untuk memberi komen.



Di samping itu, pengasas bersama, Do Won Chang telah memberi tumpuan kepada mengekalkan bahagiannya dalam syarikat itu, yang mengehadkan pilihan mereka untuk mendapatkan penggalangan dana.



Tetapi, menurut laporan Bloomberg, sebuah puak dari pejabat Forever 21, telah meminta tuan-tuan tanah terbesarnya untuk melaburkan sebahagian dalam syarikat itu, tanpa izin Encik Chang, walaupun mereka sedang menghadapi perselisihan pendapat di kalangan para pemimpin syarikat itu.



Forever 21 yang ditubuhkan pada tahun 1984 mengendalikan lebih daripada 800 cawangan di Amerika Syarikat, Eropah, Asia dan Amerika Latin.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >