KOLKATA (India): Sekurang-kurangnya 20 pesakit mental wanita ditemui dalam keadaan berbogel dan kotor di sebuah hospital pemerintah di sini, mencetuskan kemarahan orang ramai, menurut pekerja kebajikan semalam.
Gambar pesakit yang kelihatan kurus kering dan dalam keadaan menyedihkan di pusat kesihatan di timur Bengal itu disiarkan di media sosial minggu ini dan menjadi tumpuan seluruh negara.