Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

G20 gesa tindakan 'bermakna dan berkesan' tangani pemanasan global

G20
Nov 02, 2021 | 05:30 AM



ROME: Pemimpin Kumpulan 20 (G20) bersetuju dengan satu kenyataan akhir kelmarin yang menggesa tindakan "bermakna dan berkesan" untuk membataskan pemanasan global pada 1.5 darjah Celsius, tetapi hanya menawarkan beberapa komitmen konkrit.



Hasil rundingan yang sukar selama beberapa hari dalam kalangan diplomat meninggalkan banyak kerja yang perlu dilakukan pada sidang puncak iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang lebih luas di Scotland, di mana kebanyakan pemimpin G20 akan terbang terus dari Rome, Italy.



Blok G20, yang turut merangkumi Brazil, China, India, Jerman dan Amerika Syarikat, menyumbang kira-kira 80 peratus daripada pelepasan gas rumah hijau global.



Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong, juga hadir dalam sidang G20 di Italy sebagai tamu blok itu.



Dokumen akhir mengatakan rancangan nasional sedia ada tentang cara mengekang pelepasan gas rumah hijau perlu diperkukuh "jika perlu" dan tidak membuat rujukan khusus kepada 2050 sebagai tarikh untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih.



"Kami menyedari bahawa kesan perubahan iklim pada 1.5 darjah Celsius adalah jauh lebih rendah daripada pada 2 darjah Celsius.



"Mengekalkan batasan 1.5 darjah Celsius itu akan memerlukan tindakan dan komitmen yang bermakna dan berkesan oleh semua negara," kata kenyataan akhir tersebut.



Ambang 1.5 darjah Celsius adalah matlamat yang disebut pakar PBB sebagai mesti dipenuhi untuk mengelakkan lonjakan besar kes iklim ekstrem seperti kemarau, ribut dan banjir, dan untuk mencapainya mereka mengesyorkan bahawa pelepasan sifar bersih harus dicapai menjelang 2050.



Pemimpin G20 mengiktiraf matlamat utama untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang pertengahan abad ini.



China, pengeluar karbon terbesar dunia, telah menetapkan tarikh sasaran 2060, dan pencemar besar lain seperti India dan Russia juga tidak komited pada tarikh sasaran 2050 itu.



Pakar PBB mengatakan walaupun rancangan sedia ada negara masing-masing dapat dilaksanakan sepenuhnya, dunia menuju ke arah pemanasan global sebanyak 2.7 darjah Celsius, dengan kemungkinan berlaku lonjakan kes bencana seperti kemarau, ribut dan banjir.



Dokumen akhir itu juga termasuk ikrar pemimpin untuk menghentikan pembiayaan penjanaan tenaga arang batu di luar negara menjelang akhir tahun ini, tetapi tidak menetapkan tarikh untuk menghentikan tenaga arang batu secara berperingkat.



Ia hanya berjanji untuk melakukannya "secepat mungkin".



Dokumen itu juga tidak menetapkan tarikh untuk menghapuskan subsidi bahan api fosil secara berperingkat, mengatakan mereka akan berusaha untuk melakukannya "dalam tempoh jangka sederhana". - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >