Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gabenor Jakarta Ahok dinamakan sebagai suspek kes hina Islam: Polis

Nov 16, 2016 | 12:18 PM



JAKARTA: Polis Indonesia mengumumkan pada Rabu (16 Nov) Gabenor Jakarta, Encik Basuki Tjahaja Purnama, diisytiharkan sebagai suspek berhubung dakwaan menghina agama Islam.



Kesalahan itu membawa hukuman penjara maksimum lima tahun.



Pengumuman polis datang selepas lebih 100,000 Muslim menyertai bantahan di jalan-jalan di Jakarta pada 4 November untuk menuntut beliau dipecat dan didakwa.



"Polis telah memutuskan mengisytiharkan Basuki Tjahaja Purnama sebagai suspek dan melarang beliau melancong ke luar negara," kata ketua detektif polis negara Ari Dono Sukmanto dalam satu taklimat media.



Namun, beliau menjelaskan ada dalam kalangan 27 penyiasat polis yang ditugaskan menyiasat kes itu menentang keputusan tersebut.



Polis akan meneruskan siasatan dan apabila siap, mengemukakan hasil siasatan kepada pendakwa raya negara, yang akan membentangkannya di depan sebuah mahkamah daerah jika semua hujah polis dianggap mempunyai asas undang-undang kukuh.



Kekecohan itu bermula pada September selepas klip video Encik Basuki, yang lebih dikenali sebagai Ahok, disiarkan dalam talian.



Dalam video itu, beliau kedengaran memberitahu sekumpulan pengundi semasa sebuah acara masyarakat supaya jangan terpedaya oleh lawannya yang menggesa umat Islam jangan memilih orang bukan Islam sebagai pemimpin, dengan merujuk kepada ayat Al-Quran.



Encik Basuki telah memohon maaf, tetapi siasatan polis dimulakan selepas bantahan daripada beberapa pemimpin Islam serta Front Pembela Islam (FPI) yang tegar, yang membawa kepada perarakan besar-besaran itu.



Ahli politik keturunan Cina-Kristian itu sedang berkempen untuk dipilih semula sebagai gabenor Jakarta dalam pilihan raya pada Februari depan.



Beliau, yang secara luas diramal akan menang, dan rakan gandingannya, Encik Djarot Saiful Hidayat, disokong oleh Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan (PDI-P) yang memerintah dan juga pakatan kuat parti politik, termasuk Golkar, parti kedua terbesar di Indonesia selepas PDI-P.



Mereka ditentang pasangan Parti Gerindra Parti yang terdiri daripada mantan menteri pendidikan Anies Baswedan dan ahli perniagaan Sandiaga Uno, dan bekas pegawai tentera Agus Harimurti Yudhoyono - anak mantan presiden Susilo Bambang Yudhoyono - dan birokrat veteran Sylviana Murni.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >