ASUNCION: Seorang gadis Paraguay berusia 11 tahun yang dirogol teman lelaki ibunya melahirkan anak semalam, hingga mencetuskan tengkarah berikutan keengganan pihak berkuasa membenarkan gadis itu menggugurkan kandungannya.
Gadis itu, yang berusia 10 tahun semasa dirogol, melahirkan anak perempuan seberat 3.5 kilogram menerusi pembedahan, kata Cik Dolores Castellanos yang memantau kehamilan gadis itu.