Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gadis asal M'sia dapat perhatian selepas masuk final Miss Universe New Zealand

Jul 14, 2018 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Pengkritik menyifatkan kecantikannya sebagai 'biasa saja', tetapi Cik Nurul Shamsul tidak risau malah berkata beliau tidak kisah menyertai final pertandingan ratu cantik Miss Universe New Zealland 2018 sebagai "gadis biasa".



Gadis berusia 20 tahun itu berkata sejak gambarnya tular selepas berjaya ke peringkat akhir pertandingan itu, beliau menerima banyak kritikan di media sosial.



"Saya tidak keberatan menjadi biasa sahaja kerana itulah matlamat saya menyertai pertandingan itu.



"Saya mahu gadis biasa dapat mengaitkan diri mereka pada saya, dan tahu bahawa orang seperti saya pun menyertai dan diterima dalam pertandingan ratu cantik Barat," katanya dalam temu bual.



Cik Nurul berkata beliau faham bahawa kritikan media sosial "sekarang sebahagian daripada budaya", sambil menambah bahawa orang ramai bebas menjadi kritikal.



"Kadang-kadang saya ketawa kerana komennya lucu. Saya gembira kerana saya dibesarkan oleh ibu bapa saya untuk menghormati orang lain," katanya.



Dilahirkan di Ampang di Kuala Lumpur, Cik Nurul dibesarkan di New Zealand oleh bapanya, dari Malaysia, dan ibunya, asal Indonesia, sejak beliau berumur lima tahun.



Merancang mengekalkan gaya pakaiannya pada pusingan akhir pertandingan itu pada 4 Ogos, anak sulung daripada tiga adik-beradik ini berkata beliau mahu pengkritiknya mengetahui bahawa tidaklah penting untuk menyesuaikan diri bagi mengikut pandangan Barat tentang kecantikan.



"Saya mahu wanita mengiktiraf diri mereka dan menerima diri mereka kerana mereka memang sudah cantik," ujarnya.



Pelajar psikologi tahun akhir di Universiti Waikato di Hamilton, New Zealand, itu tidak bersetuju bahawa pertandingan ratu cantik merendahkan status wanita menjadi objek semata-mata.



"Saya rasa ia membebaskan dan memperkasa saya sebagai seorang wanita," katanya.



Cik Nurul berkata pertandingan Miss Universe semasa tidak mempunyai pusingan baju renang tetapi sesi fotografi kalendar, sambil menarik perhatian bahawa peserta bebas memilih pakaian yang hendak digayakan.



"Saya sangat percaya bahawa Miss Universe lebih daripada sekadar kecantikan fizikal, terutama dengan slogannya 'cantik dengan perasaan yakin'.



"Kami melakukan lebih banyak daripada setakat mengambil gambar kerana kami juga membantu mengumpulkan wang untuk amal," katanya.



Selepas pertandingan itu, Cik Nurul merancang menamatkan pengajian ijazahnya dan kemudian sarjana dalam psikologi masyarakat, sejajar dengan impiannya membebaskan dan memperkasa orang tanpa mengira jantina. - The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >