Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gaduh semasa pemilihan parti: Dua ahli PKR dipecat

Sep 27, 2018 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Dua ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang terbabit dalam satu pergaduhan semasa pemilihan parti itu di Kedah dan Pulau Pinang dipecat serta-merta.



Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata perkara itu diputuskan pada mesyuarat biro politik parti kelmarin malam.



Beliau berkata keputusan dibuat sebulat suara, manakala kes pelanggaran disiplin biasa dirujuk kepada jawatankuasa disiplin.



"... ada dua kes yang diteliti oleh Biro Politik berdasarkan gambar dan rakaman (video). Pertama di Merbok di mana mereka terbabit pergaduhan dan penggunaan senjata, maka kita ambil keputusan pecat ahli itu serta-merta sebagai anggota parti.



"Begitu juga insiden di Seberang Jaya, Pulau Pinang, yang mana kerusi dibaling. Kita sudah kenal pasti dan sekarang namanya disemak untuk sahkan nama yang tepat.



"Dengan ini orang berkenaan yang ada dalam video berkenaan secara automatik terpecat mulai saat ini," katanya.



Datuk Anwar berkata demikian pada satu sidang media selepas mesyuarat biro politik itu yang membincangkan kekecohan pada proses pengundian pemilihan kepemimpinan PKR di Kedah dan Pulau Pinang Sabtu lalu.



Media melaporkan pergaduhan itu dipercayai berpunca daripada masalah teknikal sistem e-undi (undi secara elektronik) hingga menyebabkan polis campur tangan dan seramai 14 individu ditahan kerana disyaki terbabit dalam pergaduhan itu pada pemilihan Cabang Merbok di Sungai Petani, Kedah.



Datuk Anwar menegaskan jika ada pimpinan parti atau sembarang calon pemilihan menyokong dua ahli yang dipecat itu, mereka akan turut dikenakan tindakan disiplin.



"Kita ambil keputusan tegas dan keras ini kerana nak elak sebarang kelakuan yang biadap, melanggar hukum, bahkan jenayah berlaku.



"Tahniah kepada polis yang segera ambil tindakan dan parti ulangi pendirian tidak akan lindungi mereka yang terbabit.



"Lebih baik mereka dibaling keluar dari parti kerana jika mereka di dalam, mereka baling kerusi kepada kita," katanya.



Datuk Anwar juga berkata biro politik PKR turut bersetuju menangguhkan proses pemilihan di Kedah dan Pulau Pinang dengan pengauditan terperinci demi menjamin integriti sistem e-undi.



Pemilihan di Perak dan Perlis juga ditangguhkan dan akan diadakan serentak sebelum kongres PKR pada November.



Sementara itu, Datuk Anwar akan bertemu Menteri Kerja Raya, Encik Baru Bian, hari ini bagi mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan rasuah membabitkan setiausaha politiknya.



Datuk Anwar berkata beliau sudah melihat video berkaitan dan menganggap ia "sesuatu yang mengganggu".



Sebelum itu, pengelola Angkatan Muda Keadilan, Encik Ahmad Syukri Che Ab Razak, membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa seorang setiausaha politik Menteri Kerja Raya menyalahgunakan kedudukannya dengan menawarkan kontrak bernilai RM20,000 ($6,593) bagi mendapatkan sokongan pemimpin PKR di Pahang. - BH Online, The Star.




"Kita ambil keputusan tegas dan keras ini kerana nak elak sebarang kelakuan yang biadap, melanggar hukum, bahkan jenayah berlaku. Tahniah kepada polis yang segera ambil tindakan dan parti ulangi pendirian tidak akan lindungi mereka yang terbabit."
- Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai dua ahli PKR yang terlibat dalam pergaduhan semasa pemilihan parti di Kedah dan Pulau Pinang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >