Subuh
5:31
Syuruk
6:55
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:58
Isyak
8:12
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

Gambar satelit papar mayat di bandar Bucha selama berminggu, sangkal dakwaan Russia

Apr 06, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Gambar satelit yang dikeluarkan kelmarin tampaknya menyangkal dakwaan Russia bahawa mayat orang awam yang ditemui di bandar Bucha, Ukraine, hanya muncul selepas tentera Russia berundur dari bandar di utara ibu kota Kyiv itu.



Imej satelit pada pertengahan Mac di satu jalan Bucha menunjukkan beberapa mayat orang awam terbaring di jalan atau di bahu jalan, di mana tentera Ukraine baru-baru ini menyatakan mereka menemui banyak mayat selepas tentera Russia berundur.



"Imej satelit Maxar resolusi tinggi yang dikumpulkan di Bucha, Ukraine, mengesahkan dan menyokong video dan gambar media sosial baru-baru ini yang menunjukkan mayat bergelimpangan di jalan dan ditinggalkan di tempat terbuka selama berminggu-minggu," kata jurucakap Maxar Technologies, Encik Stephen Wood, dalam satu kenyataan kelmarin.



Akhbar TheNew York Times (NYT) telah menerbitkan satu analisis jarak dekat Yablonska Street di Bucha, dan membuat kesimpulan - selepas membandingkannya dengan rakaman video dari 1 hingga 2 April - bahawa banyak mayat itu telah berada di situ sejak sekurang-kurangnya tiga minggu lalu, apabila tentera Russia mengawal bandar itu.



Jurugambar AFP memasuki Bucha, barat laut Kyiv, pada Sabtu lalu dan secara langsung mengesahkan kehadiran kira-kira 20 mayat - semuanya berpakaian awam, sebilangannya dengan tangan terikat - dalam adegan yang telah mencetuskan kemarahan dunia, dan tuduhan jenayah perang.



Kementerian pertahanan Russia telah menafikan melakukan pembunuhan itu, mengatakan bahawa semua unitnya "berundur sepenuhnya dari Bucha seawal 30 Mac", manakala Kremlin telah menolak imej grafik yang muncul dari bandar itu sebagai "palsu" dan diada-adakan pihak Ukraine.



Dakwaan Russia itu diulangi di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin, dengan utusan Moscow, Encik Vassily Nebenzia, mengulangi pada satu sidang akhbar bahawa mayat yang digambarkan di Bucha tidak ada di sana sebelum tentera Russia meninggalkan bandar itu.



"Tiba-tiba mereka (mayat) muncul di jalan terbaring di atas jalan, satu demi satu, kiri dan kanan, sebahagiannya bergerak, sebahagian pula menunjukkan tanda-tanda mereka bernyawa," katanya, sambil mendakwa adegan itu "diatur oleh mesin perang maklumat Ukraine".



Tetapi imej satelit Maxar bertarikh 19 Mac dan 21 Mac menunjukkan beberapa mayat berada di Yablonska Street di Bucha pada masa itu.



Dan menurut analisis NYT, imej Maxar menunjukkan objek gelap dengan saiz sama dengan tubuh manusia muncul di jalan antara 9 dan 11 Mac.



Kebanyakan mayat yang digambarkan dalam imej satelit itu muncul dalam kedudukan tepat dan sama di kawasan seperti yang dilihat dalam rakaman video dari jalan sama yang dirakam oleh ahli majlis tempatan Ukraine, dan dalam gambar oleh saluran media antarabangsa. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >