Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ganja bagi perubatan: M'sia putuskan tahun ini

Aug 27, 2022 | 05:30 AM



BANGKOK: Kerajaan Malaysia akan mengambil pendirian berhubung penggunaan kanabis, atau ganja, dalam bidang perubatan sebelum akhir tahun ini, kata Menteri Kesihatan, Encik Khairy Jamaluddin.



Beliau, yang mengakhiri lawatan kerja kesihatan ke Bangkok, kelmarin berkata Thailand banyak berkongsi dengannya mengenai penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan dan penanamannya.



"Saya yakin bahawa kita akan dapat kaji pengalaman Thailand untuk disesuaikan dengan konteks Malaysia nanti apabila kita bakal membuat keputusan sama ada membenarkan atau tidak penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan.



"Jika dibenarkan, kita akan menentukan dalam kerangka apa dan penggunaan apa yang akan dibenarkan.



"Saya mahu bergerak cepat… Saya yakin bahawa kita akan dapat mengambil pendirian pada tahun ini.



"Keputusan utama boleh atau tidak akan dibuat tahun ini dengan dasar itu mungkin dilaksanakan tahun hadapan. Itu sasaran saya," katanya.



Lawatan beliau itu atas jemputan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kesihatan Awam, Encik Anutin Charnvirakul, untuk meneroka potensi penggunaan kanabis dalam bidang kesihatan.



Thailand negara Asia Tenggara pertama membenarkan penggunaan kanabis dalam bidang perubatan.



Dalam lawatannya, Encik Khairy dan delegasinya turut melawat Government Pharmaceutical Organisation (GPO) di mana beliau mendengar taklimat mengenai dasar kanabis Thailand, termasuk amalan, kaedah penanaman, kajian serta penggunanan kanabis bagi tujuan perubatan.



Encik Khairy berkata penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan bukan perkara baru di Malaysia kerana pada 2014, Sativex, yang mengandungi cannabidiol (CBD) dan tetrahydrocannabinol (THC), diluluskan penggunaannya di Malaysia bagi merawat kekejangan otot.



Bagaimanapun, produk itu tidak mendapat sambutan di pasaran tempatan maka pandaftarannya dibatalkan.



"Undang-undang dan kerangka sedia ada membenarkan penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan," katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >