SYDNEY: Australia mendedahkan bahawa ia tidak menolak kemungkinan akan menyambung semula pencarian dasar laut bagi pesawat Malaysia Airlines MH370 pada masa akan datang, tetapi menegaskan bahawa tiada bukti baru yang mewajarkan pencarian itu diteruskan buat masa ini.
"Saya tidak menolak sebarang kemungkinan bahawa pencarian dasar laut itu akan disambung semula pada masa akan datang," kata Menteri Pengangkutan Australia, Encik Darren Chester, kepada wartawan di Melbourne, sehari selepas Australia, Malaysia dan China dengan rasminya membatalkan pencarian di selatan Lautan Hindi.