Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gantung umrah: OIC, menteri kesihatan Arab sokong langkah sementara

Feb 28, 2020 | 09:06 AM



JEDDAH: Langkah sementara Arab Saudi melarang jemaah umrah, sebagai sebahagian usaha mencegah penularan koronavirus, disokong oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).



Sekretariat Agung OIC memberi sokongannya terhadap langkah pencegahan kerajaan itu yang bertujuan melindungi penduduknya dan jemaah yang ingin melakukan Umrah atau menziarahi Masjid Nabawi di Madinah, lapor Arab News.



OIC berkata: "Keputusan Kerajaan untuk melarang kemasukan jemaah secara sementara akan membantu menjaga keselamatan mereka. Ia sejajar dengan piawaian antarabangsa dan menyokong usaha negara dan pertubuhan antarabangsa, khususnya Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). "



Sementara itu, Majlis Menteri Kesihatan Arab juga melahirkan pandangan serupa di akhir sesi ke-53 yang diadakan di markas Liga Arab.



Anggota majlis itu menekankan pentingnya "meningkatkan kerjasama antara negara-negara Arab untuk melaksanakan langkah bersama yang mencegah penularan Covid-19 dan menyokong negara-negara yang terjejas apabila mendapati kes-kes baru."



Baca laporan lalu:



https://www.beritaharian.sg/dunia/larangan-umrah-saudi-lebih-2000-jemaah-singapura-terjejas




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >