Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gara-gara Mangkhut

Angka kematian terus meningkat selepas Mangkhut hentam Filipina dan China
Sep 24, 2018 | 05:30 AM



Beberapa bahagian dunia mengalami bencana dalam bentuk taufan pada hujung minggu lalu. Di Asia, terutama Filipina dan selatan China, taufan Mangkhut, yang mendapat julukan "Raja Segala Taufan" dengan membawa ribut sederas sehingga 270 kilometer sejam, menyebabkan pelbagai kerosakan, termasuk kematian. Di Amerika Syarikat pula, taufan Florence menyebabkan ancaman banjir besar. BERITA HARIAN memaparkan kesan malapetaka itu.



TAUFAN Mangkhut, ribut paling kuat di dunia tahun ini, membadai beberapa negara Asia, terutama Filipina dan selatan China, termasuk Taiwan, Hongkong dan Macau, hujung minggu lalu, mencetuskan banjir besar, angin kencang dan tanah runtuh.



Sejauh ini, pihak berkuasa di negara-negara terjejas melaporkan lebih 80 orang terkorban, ratusan cedera dan puluhan ribu lagi terpaksa dipindahkan ke pusat-pusat perlindungan.



Menurut pakar kaji cuaca, Mangkhut, yang membawa ribut sederas 274 kilometer sejam disifatkan sebagai taufan Kategori 5 dan meliputi kawasan seluas 885 kilometer.



Ia mula menghentam utara Filipina awal Sabtu lalu dan menyebabkan berlakunya kejadian banjir dan tanah runtuh.



Menurut laporan, angka kematian di negara itu angkara Mangkhut telah meningkat kepada 81 Rabu lalu dan jumlah tersebut dijangka mencecah tiga angka sedang usaha mencari dan menyelamat mangsa kejadian tanah runtuh diteruskan di beberapa daerah.



Menurut jurucakap polis Benigno Durana, sehingga Rabu lalu, lebih 155,000 penduduk masih berada di beberapa pusat pemindahan di Filipina.



Hongkong, yang dibadai pukulan angin sederas 230 kilometer sejam bawaan Mangkhut, memulakan kerja pembersihan Selasa lalu.



Wilayah itu tidak melaporkan sebarang kematian tetapi lebih 300 penduduk mengalami pelbagai kecederaan apabila ribut yang melanda menggoyangkan bangunan pencakar langit, menyebabkan ombak besar yang memasuki rumah serta bangunan dan menyebabkan lebih 1,00 pokok tumbang.



Pemerintah setempat menyifatkan kerosakan yang dialami sebagai "teruk dan meluas" dengan lebih 1,500 penduduk ditempatkan di pusat perlindungan sementara.



Mangkhut mula melanda China lewat Ahad lalu dengan wilayah Guangdong melaporkan empat kematian dengan pihak berkuasa setempat mengarahkan tiga juta penduduk berpindah ke kawasan selamat.



Puluhan ribu bot nelayan juga diarah berlabuh dekat pantai sebelum ketibaan Mangkhut, yang mendapat julukan media China sebagai "Raja Segala Taufan" dengan pukulan angin sekuat 162 kilometer sejam.



Menurut pihak berkuasa keselamatan Guangdong, tiga orang terbunuh akibat dihempap pokok tumbang di bandar Guangzhou, manakala seorang lagi maut akibat ditimpa puing bahan binaan di bandar Dongguan.



Stesen China Central Television melaporkan bahawa Mangkhut telah mengakibatkan kerosakan berjumlah lebih 200 juta yuan ($39.8 juta).



Macau turut terjejas. Meskipun tidak ada kematian atau kecederaan dilaporkan, Mangkhut menjejas perniagaan perjudian di wilayah autonomi itu apabila pihak berkuasa setempat terpaksa menutup kasinonya yang dilanda banjir. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >