Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Gara-gara pandemik, kadar kemiskinan di Indonesia naik

Nov 05, 2021 | 05:30 AM



TREND penurunan angka kemiskinan di Indonesia yang berlangsung sejak sekian lama hingga 2019 tiba-tiba terhenti ekoran pandemik Covid-19 yang mula berlaku pada awal 2020.



Peratusan penduduk miskin meningkat menjadi 9.78 peratus daripada sejumlah 272 juta penduduk di negara terbesar Asia Tenggara itu - kenaikan sebanyak 0.37 mata peratusan berbanding Mac 2019.



Menurut satu perangkaan Badan Pusat Statistik (BPS), jumlah penduduk miskin pada tempoh September 2020 mencapai 27.55 juta orang.



Data terkini badan itu menunjukkan angka kemiskinan Indonesia kembali menyentuh angka 10.19 peratus pada bulan itu.



Jumlah penduduk miskin Indonesia bertambah 2.76 juta orang jika dibandingkan dengan tempoh sama pada tahun sebelumnya.



Peningkatan jumlah penduduk miskin ini berlaku kerana pandemik Covid-19 yang menyebabkan banyak kegiatan ekonomi disekat sehingga menjejas pendapatan penduduk, khususnya yang bergaji rendah.



Kini setelah wabak itu kian reda, pemerintah Indonesia menyasarkan negara itu berupaya bebas daripada kemiskinan tegar menjelang 2024.



Menteri Desa, Pembangunan Daerah Tertinggal dan Transmigrasi, Encik Abdul Halim Iskandar, berkata:



"Apabila Presiden Joko Widodo mengisytiharkan sifar peratus kemiskinan tegar akan dapat dicapai pada 2024, saya yakin kita mampu melakukannya tepat pada masa," katanya kepada wartawan baru-baru ini.



Beliau berkata kementeriannya telah meneruskan pendekatan peringkat kampung dan melengkapkan data mikro berasaskan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) kampung untuk mencapai tahap kemiskinan tegar sifar peratus tepat pada masanya.



"Kementerian berusaha untuk membantu kampung melengkapkan dan mengemas kini data mikro untuk membantu kami mencapai kampung sifar kemiskinan," katanya.



Memetik laporan antaranews.com, beliau berkata data mikro akan membolehkan pengagihan faedah daripada pemerintah secara langsung dan tersasar, sekali gus akan memberi kesan terbaik kepada penduduk kampung.



Menurut pihak berkuasa, data berasaskan SDG kampung merangkumi data keluarga dan alamat penduduk kampung, data unit pentadbiran kampung terkecil, dan data pembangunan kampung.



Data berasaskan SDG itu dikumpul sukarelawan kampung, kemudian disimpan dan digunakan oleh pihak berkuasa kampung untuk memupuk tabiat perancangan pembangunan berasaskan data di kampung, kata menteri itu.



"Data kampung akan membolehkan perancangan pembangunan kampung yang lebih baik," jelas Encik Iskandar.



Menteri itu mengesahkan pengumpulan data kampung berasaskan SDG di seluruh negara telah mencapai 60 peratus siap.



Pengumpulan data akan diteruskan sehingga siap, kerana ia akan menjadi asas untuk merancang pelan pembasmian kemiskinan tegar dan mencapai sasaran sifar peratus menjelang 2024.



"Alhamdulillah, proses mengumpul data mencapai 60 peratus kerana kami percaya kampung mempunyai potensi yang besar.



"Kami percaya kami akan membasmi kemiskinan tegar sepenuhnya menjelang 2024," katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >